Berhenti
merenungku. Aku tahu kau kehilangannya sejak sepurnama yang lalu. Bagaimana aku
tahu? Ah, segalanya terpalit di matamu. Mata itu tidak pernah berbohong. Dan ia
sedang berbicara denganku. Kau masih belum bertemu pengganti, ya? Maaf kerana
aku tanyakan soalan bodoh itu. Mengapa aku bertanya? Kerana kau tidak pernah
betah melihatku seorang diri. Pastinya kau sentiasa bersama dia yang mencicip
kopi dingin. Kau menafi? Sudah berapa kali aku katakan, mata itu tidak pernah
membohongi aku. Keberadaannya sentiasa kau dambakan. Maka hari ini aku lihat
kau sendiri memakai mata lesu itu. Maaf, itu mata rindu. Haha. Kau menafi lagi.
Sesungguhnya kau tidak dapat menyembunyikan rasa itu daripada renungan nihilmu.
Tia jengkel lalu meninggalkan
kerusi kosong itu.