Jemari Andy bergerak mengikut rentak yang
tersusun. Di tangan kanannya, telefon tangan terpasang dengan papan kekunci di layarnya. Andy kumpul kudrat, lalu mendail nombor yang lima tahun
tidak diramahnya. Bunyi deringan di hujung talian terhenti tiba-tiba.
Andy: Kau di sana, bukan? Semalam aku
terpandang dirimu di kotak sembang. Aku senyum sendirian. Aku tau yang baik-baik sahaja. Maaf jika suaraku ini meluap amarahmu beberapa tahun lepas, setelah kau
berjaya meredahnya. Aku ingin beritahu bahawa aku bahagia. Dan terima
kasih atas segala doa yang kau pesan lewat sujudmu. Bagaimana aku tahu? Ah, aku
yakin kau adalah dirimu lima tahun lalu. Kau seorang pemaaf manakala aku seorang pemungkir. Hello, kau masih di
sana? Aku kini berharap berat, terus simpan hukumanmu padaku. Kerana kehadiran kita sememangnya adalah untuk melengkapi. Agar kau dan aku cermin kebodohan kita masing-masing. Adil, bukan?
Dan bunyi talian terputus di hujung sana.