Saya perlu menulis tentang ini. Saya mahu simpan perasaan ini buat peringatan pada masa mendatang. Saya mahu bercakap tentang #utter2016 . Suatu penghargaan terbesar buat saya kerana tidak pernah terjangkau dek akal untuk karya sendiri diadaptasi dalam bentuk filem. Hei, mana mungkin saya, si kerdil ini diberikan peluang seazmat ini. Saya bukan penulis berpengalaman, malah sebuah buku sendiri pun tiada. Maka penghargaan ini terlalu besar untuk saya pikul! Bercakap tentang penghargaan tak terfikir dek akal ini, maka cerpen-cerpen yang saya tulis tidaklah saya bayangkan dalam bentuk visual. Saya lebih suka menulis atas sebab saya mahu memanjangkan fikiran saya lalu ia sampai pada fikiran orang lain. Maka pemilihan watak dan latar ialah perkara yang terakhir dalam fikiran. Yang penting, saya ada idea, sementara watak dan latar sebagai perantara. Namun kehadiran #utter2016 ini memberikan kesedaran buat saya: saya terlalu sayang pada watak-watak saya, lebih-lebih lag...
Mandala Mewangi Seorang Srikandi Bertopeng Scaramouche