Skip to main content

Andy dan Tia - Suara yang tenggelam


Andy mencari Tia. Dalam beberapa detik, dia terlihat keberadaan wanita itu di luar pintu, melemparkan pandangan pada jalan raya yang sesak. Bunyi kereta berasak-asak yang menuju terowong malam terus saling kejar-mengejar untuk melangsungkan tanggungjawab pada tuannya. Semoga semuanya selamat sampai dalam rangkulan keluarga. 

Andy merapati Tia. Tidak seperti selalu, malam itu dia berdiri di samping wanita itu. Setelah mendekat, dia merenung wajah wanita itu yang masih leka mendoakan pemilik-pemilik kenderaan dari tingkat 6 itu. Tia menyedari kelakuan Andy lalu dia memutuskan pandangannya dan berkalih pada suaminya.

"Sejak kita bernikah, aku tidak pernah mendengar suaramu lagi, sayangku."

Tia terketawa kecil. Sudah pasti lelaki di sebelahnya tidak bermaksud secara literal. Menjadi isteri, Tia telah membuang dirinya sebenar.

Dia terus kembali merenung jalan raya malam itu. Tidak perlu lama, dia langsung berkata, "Suaraku sudah aku serahkan menjadi milikmu. Dan kau tidak pernah memberikannya semula. Letak duduk seorang isteri bukankah sepadan dengan suaminya? Aku hanya menurut gayamu yang kurang berbicara." 

Andy berjeda. Lama-kelamaan, dia menukarkan jeda itu kepada diam. Sememangnya itu yang lebih menyelesakan untuk lelaki dingin itu. 

"Lalu kau ini bagaimana? Atau aku harus bagaimana?" - Gus Mus




Popular posts from this blog

Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.
cenderawasih burung kayangan, tuanku putih kilau keemasan. pandanglah hamba si gagak hutan, sebelah mata pun hamba tak terkilan. sebenarnya diri ini musykil, samada aku yang menjadi cenderawasih atau si gagak hutan? namun jauh di lubuk hati, aku begitu yakin bahawa aku adalah sang cenderawasih yang menagih cinta dari si gagak hutan. hahaha, sungguh diri ini kejam. aku tidak sanggup turun takhta demi memuja dia yang menjadi idaman hati. maka jelas sekali aku adalah sang cenderawasih, burung kayangan.
daniel. seorang adik sepupu. begitu comel dia meletakkan dahinya di atas jubin lantai dar nya. hati ini akan pasti tersentuh dengan melihat keletah si comel 1 tahun ini. ah.. rindu pada kota singa dan keluarga semakin terus membuak.