Skip to main content

Andy dan Tia - Cinta dalam Amplop

Tia menghilang. Andy tidak pernah sedar yang dia sudah melukai. Hanya atas dasar sebatang pena, mereka membisu sejak kelmarin.

- Kau marah? Hukumlah aku.

Pesanan Andy itu tidak terbalas. Puas dia memilih perkataan yang paling wangi untuk Tia. Nampaknya kata-kata sudah hilang makna bagi wanitanya.

Hakikatnya, Tia menyimpan rajuk. Ya, suatu rajuk untuk Andy atas sebab pena kesayangannya. Pena yang digunakan lelaki itu sungguh menggembirakan diri pada awalnya . Dengan harapan, lelaki itu boleh melahirkan segala keharuman daripada dakwat birunya.

Namun sekarang, pena itu tiada, entah di mana. Betapa kecewa hati wanitanya itu apabila mendapat khabar malang itu. Bukankah pena itu satu-satunya perantara antara cintanya dengan Andy selama ini? Kecuaian lelaki itu ternyata membuatkan dia bersoal; sejauh manakah keikhlasan sosok perkasa itu pada dirinya? Yang utama; jika dia berutus cinta dengan pena selain pena itu kelak, adakah masih sama roh kesetiaan yang selama ini dikirimkan dalam amplop?

Popular posts from this blog

Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.
cenderawasih burung kayangan, tuanku putih kilau keemasan. pandanglah hamba si gagak hutan, sebelah mata pun hamba tak terkilan. sebenarnya diri ini musykil, samada aku yang menjadi cenderawasih atau si gagak hutan? namun jauh di lubuk hati, aku begitu yakin bahawa aku adalah sang cenderawasih yang menagih cinta dari si gagak hutan. hahaha, sungguh diri ini kejam. aku tidak sanggup turun takhta demi memuja dia yang menjadi idaman hati. maka jelas sekali aku adalah sang cenderawasih, burung kayangan.
daniel. seorang adik sepupu. begitu comel dia meletakkan dahinya di atas jubin lantai dar nya. hati ini akan pasti tersentuh dengan melihat keletah si comel 1 tahun ini. ah.. rindu pada kota singa dan keluarga semakin terus membuak.