Tia cuma diam sahaja di dalam bas. Kali ini sepatah apa pun tidak keluar dari mulutnya. Wajahnya pula masam mencuka sepanjang perjalanan. Pandangan dilemparkan jauh-jauh, mencari salji di musim panas. Tiba sahaja di hadapan rumah, Tia berlari dikejar angin lalu masuk ke dalam rumah. Pantas sekali. Beg sandang berisi buku sekolah dicampakkan ke dalam kamar. Baju sekolah tidak bersalin. Cuka di wajahnya masih tetap terlekat. Tidak ada jalan lain untuk menghilangkannya. Dia harus segera mencari diari. Dengan pantas, dia ke belakang rumah. Roket kecil yang dibina oleh ayahnya melambai-lambai. Ah! Tidak perlu melambai kerana roket itu memang sudah berada dalam jemalanya sejak di sekolah lagi. Dia tidak tahan dengan telatah temannya yang satu. Mahu dicurahkan segalanya di dalam diarinya. Diari yang memang unik. Roket kecilnya cepat meninggalkan bumi sebaik sahaja dia menghidupkan enjin. Laju menderu melepasi langit biru. Kemudian masuk ke angkasa lepas. Roket kecil melalui Mar...
Mandala Mewangi Seorang Srikandi Bertopeng Scaramouche