Kamar itu sepi. Kamar itu gelap. Seorang anak kecil sedang tidur pulas. Mata Andy hanya merenung pada tubuh mugil di sisinya itu. Pada ketika itu, segala perasaannya bersatu. Marah, kecewa, dendam. Ah! Dia tidak tahu pada siapa segala rasa itu dituju. Mungkin kepada diri sendiri? Telefon tangannya bercahaya lagi. Sama seperti 2 minit yang lepas, ia sekadar bergegar tanpa bunyi. Andy hanya memandang kosong. Segala rasa yang menyatu tadi menggelegak lagi. Dada jadi sakit. Skrin telefon bimbit itu menayangkan sebuah nama; Tia. Tangan segera mencapai telefon tersebut, bimbang tubuh mugil itu akan tersedar. Namun tiada niat di hatinya untuk menjawab. Biarlah… “Kenapa tidak kau jawab panggilanku? Ada apa-apa yang berlaku?” pesanan itu masuk ke telefon tangannya. Andy semakin perit. Namun dikuatkan tenaga untuk membalas, “Tiada apa yang berlaku. Aku tidak mahu si kecil kita terjaga jika kujawab panggilanmu. Kau baik-baik di sana .” Sepi lagi. Anak kecil yang nyenyak itu masih...
Mandala Mewangi Seorang Srikandi Bertopeng Scaramouche