Skip to main content

Posts

gambar ini dirakam lewat kamera telefon tangan sewaktu hinggap di teratak nenda. sang merpati merenung estet Bedok, memikirkan mana halanya selepas itu. dari tingkat 13, ia seperti raja segalanya. ia mampu melihat apa sahaja dari sudut ini. andai aku sang merpati, ingin sekali aku meneroka dunia. tambahan pula keberanian disemat waktu aku bersendirian di bumi orang ini. aku yakin, suatu hari nanti, aku juga mampu seperti sang mergastua itu. terbang ke sana sini tanpa sebarang resah dan takut berkecamuk dalam sanubari..
GOD!! I'M MISSING SINGAPORE ALREADY!! i'm missing hady mirza, the little nyonya, 'cotton on' sale and the list goes on. wasted ah i didnt grab the $5 cardigan. i wanna eat mee goreng mamak at jln sultan. i wanna continue shopping at bugis street... GOD!! i miss all the television show in Singapore. but most of all, I MISS SPEAKING IN ENGLISH WITH THE PPL AROUND ME!!
ketemu dengannya tadi.. ah.. memori lama bergema lagi. walau bukan dia menjadi halwa mataku di waktu itu, aku masih teringat pesonanya yang akhirnya menceraikan ikatan persahabatan dua gadis. sayangnya, kerana itu, ingatan pada sekalian dia dan temannya lenyap tanpa sebarang halangan. tapi tadi dia muncul lagi. kalli ini berteman yang lain. bukan membenci, jauh sekali cemburu. tapi kerap kali dia yang singgah, bukan sang kesuma dewa. sedangkan itu yang ku nanti bak pungguk rindukan bulan. ah.. jiwa ini masih tersisa rindu padanya. namun biar ia kekal menjadi jeritan sepi. Narmi tetap bertakhta dalam benak sunyi.
selamat tahun baru 1430H!!!
sudah lama benar dia tidak muncul dalam minda ini. hey.. tadi pagi aku bermimpi tentang sahabat kecilku di masa tadika. aku sendiri tidak pasti namanya. Zairil atau Zahril atau Zahrin. memang sdah lama aku tidak teringat padanya. di mana mungkin dia sekarang... hingga tadi aku bermimpi berjumpa dengannya. di dalam mimpi, dia begitu tinggi dan gemuk. bukan gemuk akiat terlebih makan, tetapi gemuk mungkin kerana terlebih steroids. hahaha. tetapi itu lah aku lihat. bangun dari lena, aku ceritakan pada temanku. katanya jangan berangan-angan. anak lelaki itu mungkin sudah tidak setampan 15 tahun lalu. hey.. 15 tahun suatu jangka masa yang lama. pasti banyak perubahan yang sudah berlaku. seperti aku kini.. tetapi jauh di sudut hati, aku masih tertanya-tanya. apa khabar dia sekarang? apa yang sedang dia lakukan? ingatkah dia tentang diriku? atau dia mungkin telah melupakanku sebagaimana aku lupa tentang dirinya....
semalam bersama seisi famili ke pawagam bersantap hidangan reptilia. haha. bukan.. sebenarnya kami sekeluarga ke panggung wayang menonton filem dari Malaysia bertajuk 'Cicakman 2: Planet Hitam'. pengalaman yang menyeronokkan, apatah lagi dihidangkan dengan lawak jenaka dari pelakon komedi Saiful Apek. namun apa ang menarik tentang cerita ini ialah mengenai watak superhero yang sangat kemelayuan sekaligus keislaman. setiap kali cicakman dipukul, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah 'Allah'. kagum aku dengan pendekatan ini. apabila sang cicak dicekik oleh watak penjarah, beliau mengucap kalimah syahadah. wah.. benar sekali aku kagum dengan hero sebegini. 'standing ovation' aku berikan pada penulis skrip, pengarah dan pembawa watak. cuma apa yang sangat dikesali ialah watak Rrama yang sering menuturkan kata 'artistik'. tidak dapat aku lihat dimana artistiknya kalimah 'artistik' itu. seusai tayangan, aku tanyakan pada famili tentang apa definisi...
pesan seorang isteri untuk suaminya.... (ilham dari penikahan mawi dan ekin) wahai kekanda suami. alangkah bernilainya hidup ini apabila mendengar lafaz akadmu pada pagi yang hening itu. sungguh engkau beriya mahu merampasku dari milik ayahanda dan bonda. tidak ku rasa salahnya. kerana aku tahu bahawa aku adalah sebahagian dari tulang rusuk kananmu. aku adalah milikmu. aku juga tahu wahai kekanda suami, layar bahtera bahagia kita bakal dinaikkan. dari itu bisikku padamu, aku teramat sayang padamu. kekanda suami, kucupan di dahiku darimu amat lembut rasanya. begitu juga mungkin lembutnya kasih yang bakal engkau taburkan padaku. kekanda suami, tidakkah kekanda bayangkan, kucupan yang indah di hari bahagia bakal memulakan segalanya, dan ia jua mungkin menjadi penutup kisah kita suatu hari nanti. di dahi ini kau berikan ciuman permulaan, dan di dahi ini juga nanti engkau kucup tatkala sutera kafan membaluti jasad kakuku. kekanda suami, benar bukan kucupan itu sangat berharga bagi kehidupan...